Kenapa Berlaku Obesiti atau Terlebih Berat?


Kenapa Berlaku Obesiti atau Terlebih Berat?


"Kajian yang dibuat oleh Reader's Digest Asia mendapati 40.7% rakyat Malaysia
adalah obesiti
. Walaupun sebenarnya mereka menganggap keadaan mereka sihat,
40.7% daripadanya sebenarnya mengalami masalah berat badan berlebihan"
 - Laporan Utusan Malaysia, Sabtu 30 Jun 2007.

Faktor-faktor penyumbang penambahan berat badan:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari. Pada umumnya, keupayaan badan wanita membakar kalori adalah 1200 sehari manakala lelaki 1800 sehari ketika rehat. Jika sehari kita terlebih kalori 300 kalori, maka sebulan menjadi 9000 kalori. Bagi setiap 8000 kalori yang tidak digunakan, ianya akan tersimpan menjadi 1.0kg lemak. Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1.0kg

2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang - Badan kita memerlukan 46 jenis nutrien sehari iaitu 8 jenis asid amino perlu (dari sumber protin); 18 jenis vitamin; 20 jenis mineral, selain dari lemak, karbohidrat dan 8 gelas air. Sekiranya badan kita tidak dibekalkan dengan kesemua nutrien yang diperlukan, maka badan akan memberi isyarat lapar. Perut yang lapar meminta makanan untuk diisi. Oleh itu kita akan sentiasa makan. Kadang-kadang kita makan 5 kali ke 6 kali sehari. Dan apa yang kita makan pula tidak memberikan apa yang diperlukan oleh badan. Kalau kenyang pun hanya sementara.

3) Diet Yang Tidak Sihat - Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

4) Kurang Aktiviti Fizikal - Tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK

5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih - Walaupun kita telah mengambil nutrien yang lengkap dan mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi sekiranya sistem usus kita tidak dibersihkan, maka penyerapan nutrien di saluran usus menjadi lambat dan tidak efektif. Kebanyakan nutrien akan diabaikan dari diserap masuk ke dalam saluran darah. Maka apa yang kita makan hanyalah pembaziran.

6) Faktor Usia - Kadar metabolisme akan mula menurun apabila usia semakin meningkat.Wanita akan mula mengalaminya ketika usia 30an dan lelaki usia 40an. Sekiranya ketika usia ini kita masih mengamalkan pemakanan seperti umur muda, maka kita akan terlebih berat kerana keupayaan membakar kalori sudah menurun. Ditambah pula dengan pergerakan fizikal semakin terbatas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

S-COL UTK KECANTIKAN ANDA

PENGIKTIRAFAN PRODUK S-COL DAN LA-FEMME

PENGIKTIRAFAN PRODUK S-COL DAN LA-FEMME