S-COL™ - Dimana Kecantikan Anda Bermula

S-COL™ - Dimana Kecantikan Anda Bermula
Kolagen Merupakan Struktur Sokongan Paling PentingKolagen merupakan sejenis protein polymer, komponen utama struktur badan manusia. Ia juga merupakan salah satu protein yang paling banyak dijumpai dalam tubuh badan, iaitu sebanyak 25-33% dari jumlah protein badan bersamaan dengan 6% daripada berat tubuh badan.

Kolagen boleh didapati dalam pelbagai tisu dan organ dalam badan seperti kulit, tulang, tulang rawan, ligamen, kornea, pelbagai endometrial, fascia dan sebagainya. Ia berfungsi untuk mengekalkan morfologi serta struktur kulit, tisu dan organ. Selain itu, ia turut berperanan penting dalam proses pemulihan tisu rosak.



Tanda Kehilangan Kolagen

Sekiranya keadaan-keadaan seperti di bawah berlaku, maka anda harus mengambil tindakan untuk membekalkan diri anda kolagen



10 Faktor Yang Menyebabkan Kehilangan Kolagen
Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa golongan wanita dalam lingkungan usia 18-50 mengalami kadar kehilangan kolagen 2.5 kali ganda lebih banyak berbanding dengan golongan lelaki akibat kitaran haid, kelahiran anak serta perubahan fisiologi.

Kolagen bagaikan “tiang sokongan” kulit, apabila ia dimusnahkan, tisu sokongan dermis kulit juga akan terjejas lalu menyebabkan kehadiran garis halus, kulit menjadi geleber dan tidak tegang; diikuti dengan kemunculan liang pori besar serta tompok hitam…



Transformasi Kecantikan Berasal Dari S-COL™ LOZES

S-COL™ LOZES adalah minuman kecantikan yang dirumus khas daripada kolagen peptida Tokyo, Jepun (Maruha-Nichiro). Berat molekulnya yang rendah memudahkan penyerapan. S-COL™ LOZES yang beraroma wangi dan sedap ini dapat membekalkan kelembapan pada kulit dan membantu peyerapan zat kalsium untuk kesihatan sendi kerana ia diperkayai dengan kolagen peptida, isoflavon soya serta vitamin C. Ia mampu memberikan anda kulit yang anjal dan halus, malah kesihatan sendi serta tulang anda turut dijaga.


8 Keunikan S-COL™
Keunikan Pertama
Formulasi dan ramuan dari Jepun
Maruha-Nichiro merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo dan telah menjadi syarikat makanan laut nombor 1 di Jepun. Syarikat ini mempunyai lebih kurang 200 rakan niaga serta subsidari di seluruh dunia yang terlibat dalam pengusahaan akuakultur dan produk makanan laut. Maka, bekalan dan kualiti produk yang dibekalkan mereka sememangnya terjamin.


Keunikan DuaBekalan ramuan yang segar
Kesegaran merupakan salah satu faktor penting dalam jaminan kualiti produk. Oleh kerana bekalan laut dari Maruha-Nichiro adalah mencukupi dan stabil, maka boleh memastikan kolagen peptida yang digunakan dalam S-COL™ sentiasa segar.


Keunikan TigaJaminan kualiti dan keselamatan
Berasal dari sumber ikan ternak yang hidup di persekitaran semulajadi di mana terdapat kawalan ketat dari segi kualiti air dan makanan ternakan. Pencemaran yang mungkin timbul dalam proses pertumbuhan juga dapat dielakkan, maka kualiti produk dapat dijamin.


Keunikan EmpatTeknologi enzim Jepun yang canggih
Penggunaan teknologi enzim Jepun yang canggih menguraikan struktur kompleks kolagen kepada struktur yang lebih ringkas dapat meningkatkan bioavailabilitas komponen kolagen tanpa menjejaskan keaktifan serta struktur tripleknya.

Keunikan Lima
Berat molekul rendah membenarkan penyerapan pantas

Berat molekul kolagen memainkan peranan yang penting, keberkesanan akan berkurangan apabila berat molekulnya tinggi; manakala kestabilan akan terjejas seandai berat molekulnya terlalu rendah, kerana ia senang diurai dan kualitinya terjejas lalu mendatangkan kesan sampingan. Kajian sains membuktikan bahawa berat molekul dalam lingkungan lebih kurang 3,000 Dalton adalah paling mudah diserap, malah mempunyai kestabilan yang bagus dan tanpa bau sengit.


Keunikan Enam
Ujian klinikal

Cara: 13 sukarelawan (dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun) telah menyertai ujian klinikal selama lapan minggu, sesetengah peserta menerima placebo manakala yang lain diberikan 50ml minuman kolagen (masing-masing mengandungi 2g atau 4g kolagen peptida tulen dari Maruha-Nichiro).


Hasil kajian menunjukkan peningkatan kelembapan serta pengurangan penampilan garis-garis halus di sekitar mata antara sukarelawan yang mengambil 2g atau 4g kolagen peptida tulen dari Maruha-Nichiro setiap hari.


Kesan Kolagen Peptida Maruha-Nichiro Dalam Penghasilan Asid Hyaluronik
Asid hyaluronik berupaya mengekalkan kelembapan kulit. Oleh demikian, peningkatan penghasilan asid hyaluronik dapat memperbaiki keadaan kulit dari segi kelembapan, keanjalan, kelicinan serta ketegangan.


Data menunjukkan bahawa kolagen peptida Maruha-Nichiro merangsangkan penghasilan asid hyaluronik dengan lebih berkesan berbandingan kolagen peptida pembekal lain.

Keunikan Tujuh
Memenuhi tahap keselamatan

S-COL™ diperbuat daripada kolagen peptida yang diimport dari Jepun. Ia berasal dari kulit dan sisik ikan yang berkualiti premium tanpa sebarang kerisauan terhadap masalah penyakit yang berasal daripada haiwan seperti penyakit lembu gila. Malah, Maruha-Nichiro telahpun menjalankan ujian yang ketat terhadap ramuan agar ia bebas daripada pencemaran unsur logam berat.


Selain pemeriksaan yang dijalankan di Jepun,sampel juga dihantar ke pihak ketiga untuk pemeriksaan bakteria dan unsur logam berat untuk memastikan keselamatan produk.




Keunikan Lapan
Peningkatan keberkesanan

Selain kolagen peptida, S-COL™ LOZES juga membekalkan nutrien yang lain termasuk Vitamin C dan isoflavon soya.


Vitamin C membantu penghasilan kolagen dalam badan dan bertindak sebagai antioksidan yang mengurangkan kemusnahan radikal bebas ke atas kolagen agar kulit kekal berseri dan anjal.


Sementara itu, isoflavon soya boleh menyeimbangkan hormon tubuh badan, meningkatkan kepadatan tulang serta memperbaiki masalah Osteoporosis.


8 Kesan Kecantikan S-COL™
Mengekalkan Kelembapan & Mencerahkan Kulit
Struktur triplek kolagen peptida yang unik mampu menyerap sebanyak 30 kali ganda kelembapan agar kulit kekal lembap, berseri dan halus. Selain itu, ia juga menghalang penghasilan pigmen hitam agar mencapaikan kesan pemutihan.


Meningkatkan Keanjalan Kulit & Melambatkan Proses Penuaan
Kolagen peptida dapat memulihkan rangkaian kulit yang musnah agar kulit menjadi anjal. Selain itu, kolagen juga mampu menghapuskan radikal bebas dalam badan dan melambatkan proses penuaan kulit.


Menegangkan Kulit & Mengurangkan Garis-garis Halus
Selepas meresapi ke dalam kulit, kolagen akan memperbaiki bahagian kulit yang tidak tegang, mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Kehilangan kolagen akan menyebabkan rangkaian sokongan kulit menjadi lemah lalu kulit menjadi kering, kasar, hilang keanjalan dan wujudnya liang pori besar serta tanda-tanda penuaan yang lain.


Meningkatkan Kesihatan Sendi & Tulang
Kolagen peptida membentuk rangkai besi yang mengurangkan kehilangan kalsium. Mampu memperbaiki rawan tulang dan menambah kesan pelinciran pada sendi agar mengurangkan geseran.


Meningkatkan Kesihatan Rambut
Kekurangan kolagen akan menyebabkan rambut menjadi kering dan bercabang. Kolagen peptida dapat menyuburkan rambut dan menyelesaikan masalah rambut bercabang agar rambut bersinar dan berseri.
Meningkatkan Kesihatan Kuku
Dapat memperbaiki permukaan kuku yang musam, kekuningan, mudah patah serta masalah yang lain agar kuku bersinar dan tidak mudah patah.
Mengecilkan Liang Pori & Memudarkan Spot Hitam
Kolagen peptida boleh mengecilkan liang pori, meningkatkan metabolisme dan mengelupas sel kulit mati lalu menghalang pengumpulan melanin agar kulit menjadi lebih cerah.
Menghilangkan Lingkaran Hitam pada Mata
Membekalkan kolagen peptida untuk memulih keanjalan lapisan dermis agar kulit kekal anjal, mengurangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah, lingkaran hitam bawah mata, bintik-bintik orang tua dan sebagainya agar melambatkan proses penuaan.

Testimoni
Kulit saya kelihatan lebih cerah dan berseri. Masalah rambut gugur juga diperbaiki!
Sherry Tung     Umur: 28 (Penang)Saya mula mengkonsumsi 2 botol S-COL™ setiap hari apabila produk ini dikeluarkan. Selepas tiga hingga empat bulan, kawan-kawan saya memberi komen bahawa kulit saya kelihatan lebih cerah dan berseri. Sebagai seorang jurujual, saya selalu terdedah kepada sinaran cahaya matahari, dengan adanya S-COL™, saya tidak perlu lagi risau tentang masalah ini. Saya boleh keluar dari rumah dengan yakin walaupun tanpa menggunakan krim penabir suria. Terima kasih kepada LOZES™ kerana mengeluarkan produk yang begitu bagus dan dapat memanfaatkan orang ramai.
Sherry:
“ Terima kasih LOZES™ kerana mengeluarkan S-COL™, yang telah menyelesaikan begitu banyak masalah saya. Saya berharap anda akan menikmati produk ini bersama saya. Saya juga berharap anda akan menjadi wanita yang anggun.”




Lingkaran hitam, kantung mata dan garis-garis halus pada mata sudah kian pudar, kesakitan tulang belakang juga diperbaiki!
Cik Ng Poh Im     Umur: 39
Saya merasa sangat kecewa dengan masalah lingkaran hitam, kantung mata dan garis-garis halus pada mata saya. Nasib baik seorang kawan telah memperkenalkan S-COL™ LOZES™ kepada saya dan saya mula mengkonsumsi 4 botol S-COL™ setiap hari. Selepas satu bulan, lingkaran gelap, kantung mata dan garis-garis halus pada mata saya sudah kian pudar. Kini, kulit saya bukan saja menjadi lebih tegang dan anjal, malah ia juga kelihatan lebih cerah dan berseri. S-COL™ bukan sekadar memperbaiki keadaan kulit saya, ia juga membantu melegakan kesakitan tulang belakang saya. Tulang belakang saya tercedera dan saya mengalami kesakitan tulang belakang yang teruk selepas kejadian tersebut. Namun, setelah mengkonsumsi S-COL™ selama 3 minggu, kesakitan tulang belakang saya telah berkurang dengan ketara. S-COL™ sememangnya merupakan satu produk yang hebat. Saya sudi mengkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Terima kasih kepada S-COL™ LOZES™.

Kulit Kulit saya semakin cerah, licin, dan anjal!

Cik Looi Ching Wei     Age: 32 (Penang)
Kejelitaan merupakan idaman setiap wanita, saya juga tidak dikecualikan. Malangnya, muka saya sentiasa berjerawat dan kulit saya kelihatan kurang bercerah. Masalah ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Saya pernah cuba pelbagai cara untuk memperbaiki keadaan ini, tetapi, semuanya tidak berkesan. Mujurnya, saya menemui S-COL™ LOZES.



Saya minum enam botol S-COL™ setiap hari sebelum makan. Selepas dua minggu, jerawat pada muka saya telah berkurang dan kulit saya semakin bercerah, licin dan anjal. Kesan yang paling ketara adalah penanggalan sel kulit mati pada bahagian lengan saya. Selain itu, otot lengan saya juga menjadi lebih tegap. Kini, saya berasa lebih senang untuk tidur. Terima kasih kepada LOZES kerana mengeluarkan produk yang begitu bagus dan bermanfaat.


Selamat Selamat tinggal kepada kulit tangan yang rekah serta kering …

Miss Lim Li Jiuan     Age: 26 (Johor Bharu)
Sejak kecil, kulit pada kaki dan tangan saya amat kering dan selalu dalam keadaan rekah. Kadang-kadang ia rasa sakit walaupun dengan sentuhan ringan. Gangguan ini menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Saya telah mencuba pelbagai rawatan, tetapi kesemuanya tidak berkesan. Mujurlah saya menemui S-COL™ yang diperkenalkan oleh kawan saya. Setelah mencuba selama dua minggu, saya mendapati kulit saya telah diperbaiki dan ia menjadi semakin lembut dan licin. Kini, saya lebih yakin pada diri dan akan terus mengambil produk ini. Saya ingin berterima kasih kepada kawan saya kerana memperkenalkam produk yang begitu enak dan berkesan kepada saya.
Tulang saya menjadi semakin kuat!

Phua Lee Ping (Perak)
Tulang tangan saya tercedera akibat satu kemalangan jalan raya. Semenjak itu, sendi saya sering sakit. Setelah mengkonsumsi tiga kotak S-COL™, saya mendapati keadaan sendi tulang saya telah diperbaiki dan tulang saya menjadi semakin kuat. Semua ini adalah kesan positif dari S-COL™.



Masalah insomnia, tiada lagi...

Chan Lai Fong (Negeri Sembilan)
Sebelum ini, saya menghadapi masalah insomnia disebabkan tekanan kerja. Selepas saya mengambil satu kotak S-COL™, saya dapat tidur dengan lebih lena dan nyenyak. Kini, saya berasa lebih cergas dan bertenaga…




Kulit saya menjadi lebih lembut dan berseri. Saya kelihatan lebih muda sekarang!

Haley Chin (Kuala Lumpur)
Kulit kaki saya sangat kering dan sering berkelupas. Saya pernah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini tetapi tak berapa berkesan. Setelah mengambil dua kotak S-COL™, saya mendapati kulit saya menjadi lebih lembut, licin dan berseri. Saya kelihatan lebih muda sekarang dan berasa lebih bertenaga.
Bekas luka jerawat semakin pudar!

Chan Lai Fong (Johor Bharu)
Setelah mengambil dua kotak S-COL™, bekas luka jerawat saya semakin pudar dan ia telah memperbaiki masalah menopause saya. Terima kasih kepada LOZES.




Kulit saya semakin lembut dan licin…

Ng Huei Xin 
Sebelum ini, saya menghadapi masalah jerawat dan kulit saya sangat kering. Saya telah mencuba banyak jenis rawatan untuk mengatasi masalah ini tetapi masih tidak berkesan. Saya mula mengkonsumsi empat botol S-COL™ sehari setelah seorang kawan memperkenalkannya kepada saya. Selepas dua minggu, kulit saya menjadi lebih licin dan lembut. Sebulan kemudian, jerawat pada muka saya dah hilang! Saya sangat puas hati terhadap S-COL™.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

S-COL UTK KECANTIKAN ANDA

PENGIKTIRAFAN PRODUK S-COL DAN LA-FEMME

PENGIKTIRAFAN PRODUK S-COL DAN LA-FEMME